Soalan Lazim (FAQ)


Soalan Lazim (FAQ)

1. Bolehkan Carian Persendirian diperolehi dengan serta merta?

    Ya, dengan bayaran RM40.00 bagi setiap satu (1) hakmilik.

2. Betulkah Pindahmilik tanah boleh didaftarkan didalam tempoh 1 hari?

    Ya,jika dokumen 14A telah lengkap (dibuat penyaksian),bayaran Taksiran Duti Setem telah disempurnakan      
    dan bayaran pendaftaran telah dijelaskan.

3.  Bagaimanakah untuk mendapatkan semula tanah yang telah luput tempoh pajakan?

     Bagi tanah milik yang telah luput tempoh pajakan,permohonan baru (menggunakan Borang Jadual 1)    

     perlu dikemukan ke Pejabat Tanah di daerah di mana tanah tersebut berada untuk diberi pertimbangan 

     semula. 

4. Siapakah yang boleh memohon tanah milik yang telah luput tempoh pajakan dan pemilik asalnya telah meninggal dunia?

    Sesiapa sahaja yang dinyatakan di bawah Seksyen 43 Kanun Tanah Negara (KTN) boleh memohon dan 

    dipertimbangkan.Walaubagaimanapun,keutamaan akan diberi kepada waris-waris pemilik asal,jika ada
  
    permohonan. 

5. Apakah tindakan yang dikenakan jika tidak menjelaskan bayaran hasil tanah bagi pemilik tanah yang telah menerima notis 

   6A? 

  Jika tidak menjelaskan bayaran dalam tempoh 3 bulan Pejabat Tanah akan mengeluarkan notiS 8A 

  (Rampasan Tanah).

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.