• Utama
  • Maklumat Korporat
  • Organisasi
  • Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Pejabat Daerah dan Tanah berjanji akan:

 

PENGURUS TANAH 

* Memastikan setiap pemohon tanah individu melalui proses kerja dalam kawalan Pentadbiran Tanah bagi tempoh tidak melebihi 90 hari bekerja.

* Memastikan kebenaran gadaian dan pindah milik diberi perakuan/kelulusan dalam tempoh 3 hari.

* Memastikan semua instrumen urusniaga dan bukan urusniaga yang didapati lengkap,sempurna dan teratur didaftarkan dalam tempoh 8 jam waktu bekerja.

* Mengeluarkan bil-bil cukai tanah pada atau sebelum 31 Januari kepada pemilik- pemilik tanah yang mana nama dan alamat mereka didapati lengkap.

* Memastikan pemantauan secara berkala melalui rondaan dan tindakan penguatkuasaan di bawah seksyen 425 KTN dan 426 KTN ke atas aktiviti pencerobohan  dan penerokaan haram  tanah kerajaan.

* Memastikan permohonan pembangunan tanah yang lengkap dan memenuhi syarat-syarat dibawah Kuasa Pentadbir Tanah diproses dalam tempoh 90 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.

 

PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

* Memastikan permohonan projek diprose dalam tiga ( 3 ) bulan dari tarikh ia diterima daripada pemohon.

* Melaksanakan projek-projek yang telah diluluskan dalam tempoh dua ( 2 ) bulan selepas waran peruntukan/arahan pelaksanaan kerja diterima.

* Melaksanakan pembayaran kepada kepada pembekal dan kontraktor dalam tempoh enam ( 6 ) hari selepas tuntutan lengkap diterima.

* Memastikan permohonan e-Kasih diproses dalam tempoh satu ( 1 ) bulan dari tarikh permohonan diterima.

* Mengemaskini senarai e-Kasih pada setiap bulan.

 

KHIMAT PENGURUSAN

* Memberikan maklumbalas dalam masa empat belas ( 14 ) hari bekerja ke atas aduan yang diterima.

* Menyediakan dokumen pembayaran elaun Pengerusi JKKK mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

* Memproses permohonan dan mengeluarkan lesen minuman keras dalam tempoh enam ( 6 ) bulan selepas segala maklumat mengenainya lengkap.

 

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.