• Utama
  • Maklumat Korporat
  • Perutusan
  • Perutusan Ketua Penolong Pegawai Daerah

Perutusan Ketua Penolong Pegawai Daerah


 

  

 
Selamat datang ke laman rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kampong Gajah, Negeri Perak.


Laman ini dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Perak dan ia merupakan satu daya usaha ke arah merealisasikan matlamat kerajaan untuk mewujudkan Kerajaan Elektronik di semua Jabatan Kerajaan.

Laman Web ini bertujuan untuk memaparkan maklumat mengenai organisasi dan profail Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Kecil Kg. Gajah di samping memberikan maklumat mengenai pelbagai aktiviti pembangunan, sosial dan kemasyarakatan di daerah ini. Adalah menjadi harapan kami melalui penyebaran dan ketelusan maklumat ini, kerjasama serta jalinan perhubungan di antara kami dan pelanggan kami khasnya dan masyarakat amnya akan lebih rapat serta membantu usaha ke arah meningkatkan penyampaian perkhidmatan kami kepada masyarakat di daerah ini.

Kami komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dan jika anda mempunyai sebarang cadangan, pertanyaan atau kemusykilan mengenai perkhidmatan kami, sila kemukakan kepada kami.

Terima kasih kerana sudi mengunjungi laman web Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Kecil Kg. Gajah.

Selamat melayari laman Pejabat Daerah dan Tanah Kg. Gajah

"KHIDMAT MESRA DAN BERKUALITI"

Sekian, terima kasih
AHMAD BASHIR BIN ABDUL RAHIM
KPPD KG. GAJAH

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.